Company Profile

Company Profile

Ananda Lestari Enterprise


Ananda Lestari Enterprise ditubuhkan sejak 17 hb November 2008 dengan No Reg. SA0104449-K adalah salah satu anak syarikat Lestari International Group yang memiliki rangkaian syarikat di Malaysia dan Indonesia. Syarikat menjalankan perniagaan pengimport, pembekal, pemborong dan peruncit secara online makanan ringan, minuman, peralatan memasak khas daripada Indonesia. 

Sebelum tahun 2008 ,syarikat sudah memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan memproses makanan ringan dan kemudian menubuhkan syarikat secara rasmi untuk mengimport produk-produk Indonesia pada akhir tahun 2008. Setelah penjualan syarikat makin meningkat, pada tahun 2013 syarikat membina satu gudang baharu untuk menyimpan produk lebih banyak lagi selari dengan permintaan daripada pelanggan yang semakin memberangsangkan.

Syukur alhamdullilah, terbinanya gudang warehouse yang besar dan dalam waktu bersamaan rangkaian cawangan semakin bertambah di semenanjung Malaysia mencecah sehingga 5 cawangan yaitu di Puchong dan Dengkil Negeri Selangor, Taman Bachang Negeri Melaka, Silibin Ipoh Perak, dan Taman Daya Johor Bahru Negeri Johor.

Sementara itu rangkaian syarikat di Indonesia mempunyai network team di Jakarta, Bandung, Semarang, Surabaya dan Medan. Pusat operasi rangkaian syarikat Indonesia berada di bandar kecil Kabupaten Tulungagung Jawa Timur.

Kami percaya dengan pengalaman dan rangkaian yang ada kami dapat memberi perkhidmatan yang unggul didalam menyediakan produk makanan dan minuman khas dari Indonesia. Kami memastikan hanya membekal produk HALAL yang dikeluarkan oleh industri kecil maupun besar di Indonesia. Semoga dengan sokongan dan bimbingan yang diberikan oleh mana-mana pihak akan membantu memajukan lagi perniagaan.